• Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
  • umcced@um.edu.my
logo
logo
Islamic Studies > Kursus Bahasa Arab (KBA)

KURSUS BAHASA ARAB (KBA)

Apply Now

 Programme Overview

1. Semua kursus ditawarkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pengajian Islam, dengan penekanan kepada aspek teori dan praktikal.

2. Kursus-kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pendekatan ini sesuai untuk golongan dewasa yang bekerja dan ingin memperkukuh ilmu serta kemahiran dalam bidang ini.


 Programme Structure

Subjek:
IAS101 - Kemahiran Bahasa I
IAS102 - Qawa'id I

  1. Modul 1 – Kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bercakap mengenai kehidupan peribadi, pendidikan, kemasyarakatan, dan kesihatan.
  2. Modul 2 – Struktur asas nahu Bahasa Arab (fokus kata nama).

Subjek:
IAS201 - Kemahiran Bahasa II
IAS102 - Qawa'id II

  1. Modul 1 – Teks berkaitan ibadat, ayat al-Quran, al-Hadith, akhlak dan sejarah.
  2. Modul 2 – Struktur nahu premier (fokus kata kerja, kata terbitan dan komponen utama ayat).

Subjek:
IAS301 - Kemahiran Bahasa III
IAS302 - Qawa'id III

  1. Modul 1 – Teks berkaitan Syariah, Usuluddin dan disiplin lain ilmu-ilmu Islam.
  2. Modul 2 – Struktur nahu sekunder berkaitan komponen pengembangan ayat dan gaya bahasa.

 Objectives

  • Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
  • Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami bahasa Arab khususnya untuk tujuan memahami teks-teks ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis serta ilmu-ilmu agama. Boleh dikatakan bahawa kursus ini merupakan kursus bahasa Arab untuk tujuan khas, iaitu memahami ajaran Islam melalui pemahaman bahasa Arab yang terdapat dalam sumber dan kitab-kitab agama.
  • Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada kemahiran bahasa Arab mengenai kehidupan peribadi dan perkara-perkara asas dan umum seperti pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya. Seterusnya penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat, Al-Quran dan Hadis.
  • Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam buku-buku agama seperti syariah, usuludin dan sebagainya, di samping pengenalan kepada ilmu balaghah. Sepanjang program ini, struktur-struktur nahu Arab akan diajar secara praktikal beserta latihan-latihannya. Nota pengajaran yang mengandungi teks pengajian disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam pada masa yang sama.

 Tuition Fee

 Local

RM 1,500

 International

N/A

(Note: Not inclusive of 6% Sales and Service Tax [SST])

 Intake

  • Oktober 2026

 Entry Requirement

  • Berumur 15 tahun ke atas (Tiada had umur)

    Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.
    * Semua pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian penempatan selepas tarikh tutup permohonan bagi penentuan peringkat.
  • None

 Contact Us

For any inquiries, please contact us:

Last Update: 05/08/2026