
Executive Director
Welcome to the Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed), a distinguished academic Centre of Responsibility (CoR) under the Universiti Malaya that has championed the philosophy of Lifelong Learning since its establishment in 1998. UMCCed was founded with a clear aspiration to make quality education accessible to individuals from all walks of life, empowering them to continuously enhance their knowledge, skills, and professional competencies throughout their lifetime.
Selamat datang ke Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik di bawah Universiti Malaya yang telah menerajui aspirasi Pendidikan Sepanjang Hayat sejak penubuhannya pada tahun 1998. UMCCed ditubuhkan dengan hasrat yang jelas untuk memperluas akses kepada pendidikan berkualiti kepada seluruh lapisan masyarakat, sekali gus membolehkan individu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi profesional secara berterusan sepanjang hayat.
At UMCCed, we believe that learning does not end with a qualification, it is a lifelong journey of growth, innovation, and transformation. Guided by Universiti Malaya’s commitment to academic excellence and societal impact, we strive to cultivate future-ready talents, strengthen workforce capabilities, and contribute meaningfully to national and global development through accessible and high-quality continuing education.
Seiring dengan perkembangan landskap pendidikan dan keperluan industri, UMCCed telah berkembang sebagai institusi pembelajaran yang dinamik dengan menawarkan pelbagai peluang pendidikan dan pembangunan profesional. Antaranya termasuk program Diploma dan Diploma Eksekutif, Sijil Profesional, pendidikan eksekutif serta kursus pendek merangkumi pelbagai bidang pengajian. Kesemua program yang ditawarkan dirangka secara strategik bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan industri, organisasi serta para pembelajar, sekali gus memastikan pendidikan yang disampaikan kekal relevan, fleksibel dan berimpak tinggi.
Di UMCCed, kami percaya bahawa proses pembelajaran tidak terhenti dengan penganugerahan sesuatu kelayakan. Sebaliknya, pembelajaran merupakan satu perjalanan berterusan yang mendorong pertumbuhan, inovasi dan transformasi diri. Berpandukan komitmen Universiti Malaya terhadap kecemerlangan akademik dan sumbangan kepada masyarakat, kami berusaha melahirkan modal insan yang berdaya saing, memperkukuh keupayaan tenaga kerja serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara dan komuniti global melalui pendidikan berterusan yang berkualiti dan mudah diakses.
As we continue to embrace new opportunities and challenges in the education landscape, we remain committed to providing innovative learning experiences that inspire personal advancement, professional success, and lifelong achievement.
Dalam mendepani pelbagai peluang dan cabaran baharu dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah, UMCCed akan terus komited dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang inovatif, inklusif dan bermakna. Usaha ini bertujuan untuk memperkasakan pembangunan diri, meningkatkan kecemerlangan profesional serta menyokong pencapaian sepanjang hayat.
We invite you to explore the opportunities available at UMCCed and join us in shaping a future driven by knowledge, excellence, and continuous learning.
Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka pelbagai peluang yang ditawarkan oleh UMCCed dan bersama-sama kami membentuk masa hadapan yang dipacu oleh ilmu pengetahuan, kecemerlangan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Last Update: 05/08/2026