• Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
  • umcced@um.edu.my
logo
logo
Islamic Studies > Kursus Membaca Al-Quran (KMA)

KURSUS MEMBACA AL-QURAN (KMA)

Apply Now

 Programme Overview

1. Semua kursus ditawarkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pengajian Islam, dengan penekanan kepada aspek teori dan praktikal.

2. Kursus-kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pendekatan ini sesuai untuk golongan dewasa yang bekerja dan ingin memperkukuh ilmu serta kemahiran dalam bidang ini.


 Programme Structure

IQS101 - Sijil Asas Kemahiran Al-Quran

  1. Modul 1 – Pengenalan kepada huruf-huruf Al-Quran. Peserta didedahkan dengan perkara-perkara asas dalam pembelajaran Al-Quran iaitu pengenalan kepada huruf-huruf Al-Quran dan tanda baris beserta bunyi yang betul (makhraj).
  2. Modul 2 – Peserta didedahkan dengan gabungan-gabungan huruf yang membentuk kalimah atau perkataan beserta dengan hukum-hukum asas seperti mad, idgham, izhar, dengung (ghunnah) dan lain-lain hukum asas.
  3. Modul 3 – Kesinambungan Modul 1 dan Modul 2. Peserta akan didedahkan dengan kalimah-kalimah Al-Quran yang menbentuk ayat-ayat untuk dipraktikkan.

IQS102 - Sijil Kemahiran al-Quran

  1. Modul 1 – Surah-surah lazim: Surah an-Nas, sehingga al-Dhuha.
  2. Modul 2 – Surah-surah pilihan : Surah Yasin, al-Mulk, dan al-Insan dan lain-lain.
  3. Modul 3 – Surah al-Baqarah.

IQS103 - Sijil Tajwid al-Quran

  1. Modul 1 – Pengenalan ilmu tajwid beserta dengan makhraj dan sifat huruf.
  2. Modul 2 – Peserta didedahkan dengan hukum-hukum mad.
  3. Modul 3 – Peserta akan didedahkan dengan hukum wakaf dan ibtida’.

 Objectives

  • Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kursus persijilan ini terbuka kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami Al-Quran.
  • Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada pengenalan dan asas membaca Al-Quran. Bagi peserta yang langsung tidak boleh membaca Al-Quran, peringkat ini amat sesuai kerana peserta akan diajar bermula dari mengenal huruf dan mengeja. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan dapat mengenal pasti tempat hukum tajwid dalam bacaan. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada ilmu Tajwid yang akan mendedahkan peserta dengan lebih mendalam juga termasuk hafazan surah-surah lazim. Sepanjang program ini, peserta akan diajar dan dibimbing secara praktikal beserta latihan-latihannya.
  • Nota pengajaran disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan kelancaran bacaan Al-Quran di samping mengetahui dan menguasai ilmu-ilmu tajwid pada masa yang sama.

 Tuition Fee

 Local

RM 1,500

 International

N/A

(Note: Not inclusive of 6% Sales and Service Tax [SST])

 Intake

  • Oktober 2026

 Entry Requirement

  • Berumur 15 tahun ke atas (Tiada had umur)

    *Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.
  • None

 Contact Us

For any inquiries, please contact us:

Last Update: 05/08/2026